JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedia maklum berhubung isu selebriti lelaki direman enam hari bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.
Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata beliau sedang menunggu laporan lengkap berhubung kes yang membabitkan pelajar tahfiz itu.
“JAIS maklum (mengenai kes berkenaan)… saya sedang menunggu laporan lengkap dari pihak sekolah tahfiz berkenaan,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
Semalam, media melaporkan selebriti berumur 40-an itu dibawa Mahkamah Klang untuk permohonan tahanan reman.
Perbuatan suspek terbongkar susulan dakwaan mangsanya tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan. – Malaysiapost

