Polis panggil pemilik akaun FB MGAG

0
2

POLIS akan memanggil pemilik akaun Facebook MGAG yang didakwa mempersendakan gambar Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, di laman media sosial ya, kelmarin.

Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan selepas satu laporan polis dibuat di Senawang, Seremban.

“Siasatan sedang dijalankan dan mereka yang terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Kelmarin, tular di media sosial memaparkan gambar Dr Noor Hisham yang sedang mengadakan sidang media dari rumahnya disunting menjadi gambar yang mengaibkan.

Bagaimanapun, pemilik akaun berkenaan telah memohon maaf dan mengeluarkan gambar tersebut daripada akaun, namun sempat ditangkap layar serta ditularkan oleh pengguna media sosial lain. -Malaysiapost