Wang wajah Ratu Elizabeth II masih laku, relevan

0
2

SUSULAN kemangkatan Ratu Elizabeth II membuatkan masyarakat di United Kingdom tertanya-tanya sama ada wang yang terpampang wajah baginda masih laku digunakan atau tidak.

Memahami kebimbangan warganya itu, Bank of England tampil mengeluarkan kenyataan mengesahkan kesemua mata wang yang memaparkan mendiang Ratu Elizabeth II masih relevan digunakan, lapor Daily Star.

Bank of England berkata, mata wang tersebut nota akan kekal sah sehingga pengumuman lanjut dibuat sebaik sahaja tempoh berkabung tamat.

Sebagai penghormatan kepada baginda mendiang, gabenor Bank of England Andrew Bailey meluahkan rasa sedih yang tidak terhingga atas pemergian ratu.
“Bagi pihak semua orang di bank, saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada Keluarga Diraja.

“Bagi kebanyakan daripada kita, dia adalah satu-satunya ketua negara yang pernah kita kenali dan akan dikenang sebagai tokoh yang memberi inspirasi kepada negara kita dan Komanwel,” katanya.

Terdahulu, beliau menyatakan FTSE 100 meleset apabila berita kematian baginda mendiang diumumkan.

Ia adalah sekitar 7,240 sebelumnya, tetapi turun secara mendadak kepada 7,181.40 apabila berita itu tersebar.

Bagaimanapun, ia pulih perlahan-lahan kira-kira dua jam kemudian, namun tidak ke tahap seperti ketika ia dibuka. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here