GTA muslihat Tun M untuk jadi ‘king maker’ – Puad

0
2
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

GERAKAN Tanah Air (GTA) yang disertai empat parti politik, didakwa hanyalah muslihat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi “king maker” dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi juga mendakwa bekas Perdana Menteri itu mahu mencari “bargaining power” (kuasa tawar-menawar).

“Menang dua tiga kerusi sudah cukup untuknya mencari mangsa baru,” tulis Mohd Puad menerusi hantaran di Facebooknya.

GTA disertai Pejuang yang diketuai Dr Mahathir, selain Berjasa, Putra dan India Muslim Nasional (IMAN).

Mengulas lanjut, Mohd Puad juga mendakwa GTA yang mahu didaftar kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, adalah usaha Dr Mahathir untuk menyelamatkan karier politik anaknya, Datuk Seri Mukhriz.

“Boboy (Mukhriz) diharap meneruskan legasinys. Hanya Muhyiddin (Yassin) yang boleh membantunya. Mereka berdua sama sama desperado.

“Sudahlah Tun M-Muhyiddin. Game over. Niat kamu berdua untuk bunuh Umno gagal,” katanya.

Tambah Mohd Puad, GTA yang berasaskan politik Melayu-Islam, tidak mahu ke mana-mana tanpa sokongan orang Cina.

“DAP yang Tun M sucikan sebagai parti bukan cauvinis tidak lagi mempercayainya.

“DAP serik dengan apa yang Tun M buat kepada mereka. PH tumbang selepas 22 bulan kerana politik toksik Mahathir – Muhyiddin,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here