PM ucap selamat menyambut Onam kepada masyarakat Malayalee

0
2

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan Selamat menyambut perayaan Onam kepada seluruh masyarakat Malayalee di Malaysia.

Ucapan itu dikongsikan Ismail Sabri menerusi Facebook, dan turut berharap perayaan tersebut akan membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada semua masyarakat Malayalee di negara ini.

“Semoga keharmonian dan kesejahteraan Keluarga Malaysia terus utuh dengan kepelbagaian perayaan yang dirai di negara ini,” katanya.

Kongsi Ismail Sabri lagi, perayaan Onam ini diadakan sempena pesta menuai yang diraikan secara besar-besaran pada bulan pertama kalendar Malayalam dikenali sebagai ‘Chingam’.

Onam merupakan perayaan terbesar negeri Kerala di India, ia jatuh semasa bulan pertama takwim Malayalam iaitu Chingam (Ogos–September) dan menandakan kembalinya Raja Mahabali yang terkenal.

Perayaan berlangsung selama sepuluh hari dan berkait dengan banyak unsur budaya dan tradisi Kerala. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here