Perincian PKPB di Klang diketahui esok

0
2

SENARAI kawasan yang terlibat dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Klang akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Selangor, esok.

Sekretariat Akhbar Pejabat Datuk Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan ringkas hari ini berkata, prosedur operasi standard (SOP) untuk PKPB yang terpakai dahulu akan diperhalusi dan dilengkapkan selesai mesyuarat bersama semua agensi, jabatan, dan badan berkaitan.

“MKN Selangor akan bermesyuarat pagi esok bagi menentukan parameter kawasan yang berkenaan.

“Perkara-perkara berbangkit yang lain akan turut dimuktamadkan. Sebarang sebaran berkenaan SOP Daerah Klang saat ini adalah tidak muktamad sehingga diputuskan dalam mesyuarat pelarasan MKN kelak,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini, mengumumkan PKPB akan dilaksanakan di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang di Selangor, berkuat kuasa 12.01 tengah malam 9 Oktober ini. – Malaysiapost