Pengamal media mesti sebar maklumat benar, sahih – PM 

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memberi jaminan kepada pengamal media di dalam negara bahawa mereka bebas melaporkan sebarang berita, namun ia mesti bersandarkan fakta yang benar dan sahih.

Dalam hal ini, Ismail Sabri berkata, sebagai penyebar maklumat, beliau yakin setiap media sedar mengenai batasan dan tanggungjawab mereka.

“Yang saya tahu, media mesti bertanggungjawab iaitu menceritakan perkara yang sebenar, memberikan informasi yang sebenar.

“Jika memberikan informasi yang sebenar, pasti tidak akan ada bantahan dan kekangan daripada kerajaan tentang bagaimana berita tersebut nak disampaikan,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mengadakan kunjungan ke Media Prima di Sri Pentas, hari ini.

Tambah Ismail Sabri, beliau turut percaya jaminan kerajaan terhadap kebebasan media diterjemah melalui tindakan kerajaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here