Tun M mula main ‘drama’ air mata – Zahida

0
2

TUN Dr Mahathir Mohamad didakwa kini mula bermain ‘drama’ air mata dengan skrip propaganda ulangan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang memburuk-burukkan Umno sebagai parti rosak, rasuah dan sebagainya.

Ketua Puteri Umno Datuk Zahida Zarik Khan, berkata apa yang cuba disampaikan bekas Perdana Menteri itu adalah Umno hanya akan suci sekiranya beliau terus bertindak sebagai pencatur.

“Yang nak disampaikan adalah Umno hanya akan suci sekiranya Tun sebagai pencatur, Umno ikut telunjuk Tun.

“Dan anak-anak Tun selamat berada di pucuk pimpinan Umno sekaligus menjamin anaknya sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Puteri Barisan Nasional (BN) berkata, rakyat terutama golongan muda kini bukanlah lagi seperti dulu yang mudah terpedaya dengan ‘drama’ berkenaan.

“Cukup-cukuplah Tun, ini zaman kami, zaman anak muda makin celik politik, bukan zaman Tun lagi.

“Bukan zaman sebar surat layang dihimpit dengan batu di masjid ketika solat Jumaat. Bukan zaman video tape (VHS), bukan juga zaman VCD. Segala info dihujung jari,” katanya.

Zahida berkata, sebusuk-busuk Umno seperti cemuhan bekas Presiden Umno itu, parti berkenaanlah yang mendokong beliau hingga 22 tahun di tampuk kuasa.

“Sebusuk-busuk Umno di mata Tun, tiada seorang pemimpin Umno yang berjaya mengkayakan anak anak hingga bergelar billionaire.

“Melayu tidak lupa, sebaliknya Tun yang sudah lupa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here