Martabat Bahasa Melayu: PM bangga dengan U-Wei

0
2

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menzahirkan ucapan tahniah kepada pengarah tersohor negara, U-Wei Saari kerana martabatkan Bahasa Melayu di Festival Filem Antarabangsa Moscow.

Beliau berkata, selain dipilih menjadi Ketua Juri di Festival Filem Antarabangsa itu, U-Wei juga memecahkan tradisi dengan menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu di majlis berprestij tersebut.

“Tahniah buat U-Wei Saari, pengarah filem tersohor negara kerana dipilih mewakili Malaysia sebagai Ketua Juri di Festival Filem Antarabangsa Moscow. Ini merupakan satu penghormatan kepada dunia perfileman negara.

“Syabas kerana memperkasa dan mengantarabangsa Bahasa Melayu dengan menyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu di Moscow,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, media melaporkan
Pengarah filem tersohor, U-Wei Saari memecahkan tradisi Festival Filem Antarabangsa Moscow dengan meyampaikan ucapan dan mengumumkan pemenang dalam Bahasa Melayu.

Selaku Ketua Juri (Filem Dokumentari), U-Wei memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai salah satu cara beliau memartabatkan bahasa ibunda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here