Umno Bahagian Pekan sasar perolehi 100,000 tandatangan petisyen

0
2

UMNO Bahagian Pekan mensasarkan 100,000 tandatangan petisyen untuk pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pekan, Datuk Seri Zamri Ramly berkata, pihaknya berharap untuk memperolehi jumlah tandatangan sebanyak itu daripada kalangan warga Pekan sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong.

“Kami telah mengagihkan borang petisyen untuk pengampunan Najib Razak kepada semua kampung dan cawangan dalam Parlimen Pekan. Kita mengharapkan 100,000 tandatangan berjaya yang diturunkan.

“Saya amat berharap agar semua memberi komitmen yang baik dalam petisyen ini, akan kemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong nanti.” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Solidariti bersama Najib Razak di Dataran Pekan, Pahang, hari ini

Pada 23 Ogos, Najib dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan tujuh pertuduhan membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Terdahulu pada 28 Julai 2020, Najib didapati bersalah atas tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kuasa, dan tiga tuduhan pengubahan wang haram, berhubung dana RM42 juta yang dikaitkan dengan SRC, menyusuli perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Mahkamah Rayuan pada 8 Dis 2021 mengekalkan hukuman dan sabitan ke atas Najib. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here