Daftar derma organ ciri baharu MySejahtera

0
2

APLIKASI Mysejahtera menambah ciri baharu iaitu pendaftaran derma organ dan data tersebut terus ke dalam sistem Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ciri baharu berkenaan boleh mula diakses pengguna aplikasi bermula Selasa ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ciri baharu itu diharapkan dapat meningkatkan kadar pendaftaran penderma organ di Malaysia.

“Malaysia tergolong antara negara dengan kadar transplantasi organ yang terendah di dunia.

“Bilangan orang yang menunggu organ baharu lebih 10,000 pesakit. Jumlah transplantasi sejak 1997 hanya 2,700 kes,” katanya di Twitter hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Khairy keadaan itu menyebabkan ramai pesakit yang menunggu organ menderita.

“Contoh pesakit tahap akhir penyakit buah pinggang di negara lain akan dapat transplantasi. Di Malaysia, mereka menderita pergi mendapat dialysis tiga kali seminggu.

Khairy berkata, rakyat harus sedar kepentingan pendermaan organ kerana jumlah penderma masih terlalu rendah di Malaysia dan beliau sendiri sudah mendaftar sebagai penderma organ.

“Saya telah berikrar menjadi penderma organ sejak 2015.

“Bermula minggu depan proses ini dimudahkan lagi dengan ciri baharu dalam MySejahtera yang akan berhubung terus dengan National Transplant Resource Centre untuk penyampaian kepada database yang lebih teratur,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here