Hishammuddin ucap terima kasih buat penjaga Loki

0
2

KISAH hubungan akrab seorang anggota tentera dengan seekor anjing yang sempat dirakam lensa kamera ketika perbarisan Hari Kebangsaan 31 Ogos lalu turut mendapat perhatian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau sangat tersentuh dengan kemesraan antara Koperal Walensten atau nama Facebooknya Micro Junior dan Loki, seorang anjing milik Tentera Darat Malaysia (TDM).

Hantaran Hishammuddin di FB

Menerusi hantaran Facebook laman Panggilan Pertiwi, Hishammuddin meninggalkan komen mengucapkan terima kasih kepada Koperal Walensten yang bakal menamatkan perkhidmatan tidak lama lagi.

“Tersentuh tengok gambar-gambar ini. Gandingan Micro Junior-Loki akan terus dikenang dan dihargai sampai bila-bila.

“Terima kasih Micro Junior atas jasa dan bakti. Semoga Loki terus baik-baik sahaja dengan tuan baru nanti,” tulis Hishammuddin.

Sebelum ini, tular gambar seekor anjing TDM yang sedang mencium dan dipeluk erat seorang anggota tentera mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Difahamkan gandingan ketika perbarisan di Dataran Merdeka 31 Ogos lalu adalah khidmat terakhir anjing tersebut bersama tuannya kerana akan bersara tidak lama lagi.

Selepas gambar tersebut mendapat perhatian warga maya, Micro Junior tampil menjelaskan bahawa beliau tidak akan bersama Loki lagi selepas ini.

Penjelasan Micro Junior membuat ramai netizen sebak

“Terima kasih. Saya nak beritahu yang lelaki dalam gambar itu adalah saya dengan anjing saya, Loki dan ini merupakan sambutan Hari Kebangsaan kami bersama yang terakhir sebab kami akan berpisah tidak lama lagi.

“Kami telah menghadapi momen kehidupan bersama selama ini dan dia (Loki) adalah kawan baik saya. Saya akan meletakkan jawatan kerana perkhidmatan akan tamat,” jelasnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here