Mahu sentiasa selamat, PAS tunjuk sifat dayus

0
3

PAS mempamerkan sifat dayus dalam politik negara apabila sentiasa mengamalkan sikap ‘playsafe’ sekali gus menunjukkan sikap tamak parti politik itu.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Comms Kedah, Kamarol Salleh berkata, sikap buruk PAS Itu berpunca kerana parti itu sentiasa mahu berada di zon seamat

“PAS bukan sahaja tidak yakin malah sentiasa hendak ‘playsafe’ dalam politik dan menjadi dayus politik negara. Sikap PAS kini tidak ubah seperti orang yang tamak, diberi sehasta hendak sedepa malah tidak cukup dengan apa yang ada dan hanya hendak selamat,” katanya kepada Malaysiapost, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas cadangan PAS mendesak Perikatan Nasional (PN) menukar warna logo gabungan itu ekoran terdapat ahli dan penyokong parti itu alah kepada warna berkenaan kononnya sama seperti BN.

“Bagi saya, ini adalah satu perbuatan dayus dalam politik yang menunjukkan PAS tidak yakin dengan PN. Alasan tidak mahu pengundi keliru dan alergik dengan warna biru tua ini, terang lagi bersuluh menunjukkan PAS sendiri tidak yakin dengan PN, inikan pula nak yakinkan rakyat?” katanya.

Selain itu Kamarol turut membidas kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendakwa sehingga kini PAS dan Umno tidak pernah bercadang untuk membubarkan Muafakat Nasional (MN), sebaliknya kekal wujud sehingga hari ini, menunjukkan bahawa PAS tidak yakin dengan PN.

“Kunci kejayaan MN sebenarnya adalah kestabilan dan kepercayaan. Tapi, PAS sendiri yang menenggelamkan kepercayaan tersebut dengan menganggotai Perikatan Nasional naugan parti Bersatu.

“Akan tetapi sekarang PAS menyuruh PN untuk menukarkan warna logo atau mereka akan berpegang kepada logo PAS,” katanya.

Justeru, Kamarul menyeru PAS agar berpolitik secara ‘gentleman’ dan matang serta tidak mementingkan difi sendiri

“Nasihat saya kepada PAS, sudah sudah la menjadi dayus politik dan mula berpolitik dengan lebih berani atau ‘gentlemen’. Bermula dengan Muafakat Nasional, berpindah ke Perikatan Nasional dan sekarang mengarahkan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyddin Yassin untuk menukar warna logo pula.

“Saya kira PAS juga tidak pernah berpegang dengan prinsip setiakawan dan hanya mementingkan diri sendiri. Siapa lagi ‘kawan’ yang akan menjadi mangsa khianat dan politik dayus PAS selepas ini? Biarlah rakyat menilai dengan matang perjuangan politik sebenar di negara ini,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here