Perjanjian dengan PN: Itu cerita lama, kata PM

0
1

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan mengulas lanjut mengenai isu perjanjian dengan Perikatan Nasional (PN) yang dibocorkan baru-baru ini dan menganggap ia sebagai cerita lama.

Ismail Sabri perjanjian yang didedahkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin itu bukanlah berita baharu.

“Itu dah lama, bukan cerita baharu,” katanya kepada ketika diminta mengulas isu berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ke-7 Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) Ke-7 di ibu negara hari ini.

Pendedahan Raja Petra mendapat perhatian bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam yang mengulas mengenainya di laman Facebooknya sebelum ini.

Lokman mendakwa, dalam surat perjanjian itu, Ismail Sabri bersetuju mengekalkan Tan Sri Idrus Harun sebagai peguam negara yang sebelum itu dilantik ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri.

Lokman juga mendakwa, dalam perjanjian tersebut, Perdana Menteri juga berjanji mengekalkan jawatan menteri, timbalan menteri dan pengerusi syarikat milik kerajaan (GLC) dari Bersatu dan PAS.

Terbaharu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin enggan mengulas lanjut mengenai kesahihan perjanjian didakwa antara Ismail Sabri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dibocorkan Raja Petra.

Antara kandungan yang dibocorkan oleh Raja Petra ialah mendakwa Perdana Menteri bersetuju untuk menyegerakan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di mahkamah.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here