Laporan: Hukuman Najib ke penjara seperti ‘skrip’ minit mesyuarat PN?

0
3

SELEPAS Datuk Seri Najib Razak ke penjara dan Datin Seri Rosmah Mansor dihukum penjara, kini tular kembali laporan yang didakwa minit mesyuarat Perikatan Nasional (PN) antara lain menyentuh hukuman penjara ke atas dua individu terbabit sebelum pilihan raya umum (PRU).

Menurut sebuah portal berita yang dipercayai pro-BN mendakwa semakin dekat dengan PRU, semakin “galak” usaha untuk menjatuhkan hukuman dikenakan terhadap pemimpin Umno.

Begitu juga Peguam Negara dan Timbalan Pendakwa Raya yang diarahkan mempercepatkan kes pemimpin Umno, BN sebagaimana surat yang tular sebelum ini.

Portal berkenaan mendakwa, selain Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muyiddin Yassin dan beberapa beberapa nama besar turur terlibat dalam plot menjatuhkan serta mengucar-kacirkan Umno ketika ini.

Antara yang turut terlibat Menteri Besar Terengganu yang juga Naib Presiden PAS Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Datuk Seri Azmin Ali, Datuk Seri Hamzah Zainuddin serta beberapa nama lagi didedahkan dalam minit mesyuarat PN.

Pada 20 April lalu, Ahmad Samsuri menafikan dakwaan kononnya parti itu mengatur gerakan untuk menjatuhkan Umno dan BN sebagaimana dokumen minit mesyuarat PN yang tular di media sosial.

Beliau menyifatkan butiran dokumen berkenaan adalah palsu dan sampah bagi memfitnah PAS serta PN.

Bagaimanapun Ahmad Samsuri tidak menafikan wujud pertemuan pemimpin PN seperti minit mesyuarat yang tular, namun menafikan butiran yang didakwa itu.

Beberapa dokumen minit mesyuarat PN tular mengenai pertemuan antara Ahmad Samsuri danTakiyuddin dengan beberapa pemimpin parti lain pada 24 dan 27 Mac di samping 4 dan 7 April lalu.

Antara kandungan minit mesyuarat itu adalah memenjarakan Najib sebelum PRU ke-15. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here