Kenyataan perkauman: ‘Saya akan jawab di mahkamah’ – Hadi

0
2
https://www.facebook.com/146911248727335/photos/pb.100044222510324.-2207520000../4305409722877446/?type=3

PRESIDEN PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau akan menjawab segala persoalan berbangkit berhubung kenyataan kontroversi yang didakwa berbaur perkauman berkaitan isu rasuah di mahkamah.

Abdul Hadi juga berkata, beliau bersedia untuk dipanggil semula jika diminta pihak polis untuk membantu siasatan lanjut.

“Saya dah dipanggil ke Bukit Aman dan disoal dan (saya) sudah jawab soalan, selanjutnya saya akan jawab di mahkamah. Kalau dipanggil (polis) saya pergi lagi,” katanya seperti dilapor FMT.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Muktamar PAS ke-68, di Kedah, hari ini.

Pada 28 Ogos lalu, media melaporkan Abdul Hadi akan dipanggil ke Bukit Aman memberi keterangan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman berkaitan isu rasuah, baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asisten Komisioner A Skandaguru berkata, siasatan dijalankan susulan pihaknya menerima 28 laporan polis ke atas Ahli Parlimen Marang itu berhubung isu tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here