TIMBALAN Presiden PKR, Rafizi Ramli dipanggil polis untuk dirakam keterangan berhubung pendedahan mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS) pada jam 3 petang ini.
Perkara itu dimaklumkan Rafizi menerusi hantaran di Facebooknya yang turut memuat naik surat arahan menghadiri siasatan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.
“Saya telah dipanggil polis untuk dirakam kenyataan berikutan laporan polis yang dibuat oleh minggu ini.
“Saya akan hadir pada jam 3 petang ini di IPD Sentul. Saya harap pihak polis juga bertindak secepat mungkin (seperti ini) untuk menyiasat laporan yang dibuat Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir) terhadap (Datuk Dr Abd) Latiff Ahmad (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas).
“… mengenai pendedahan laporan forensik LCS yang menamakannya sebagai terbabit dalam kontrak-kontrak pertahanan,” katanya mmenerusi Facebook.
Selasa lalu, satu laporan polis dibuat oleh Pegawai Tugas-Tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Sayed Ahmad Mui’izzuddin Al-Sayed Mohamad terhadap Rafizi.
Laporan itu dibuat susulan kenyataan Rafizi yang mengaitkan Dr Abd Latiff dan seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh didakwa isteri keduanya, turut terbabit dalam penyelewengan projek – Malaysiapost

