Lebih 15,000 penduduk meriahkan Program ‘Kenuri’ Rakyat Keluarga Malaysia

0
2

PROGRAM ‘Kenuri’ Rakyat Keluarga Malaysia di Padang Terap, Kedah hari ini, mendapat sambutan luar biasa apabila dihadiri lebih 15,000 tetamu terdiri masyarakat setempat dan sekitarnya.

Program anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) dan Kerajaan Kedah itu dirasmikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

‘Kenuri’ Rakyat Keluarga Malaysia berlangsung di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Nerang sempena program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Kedah.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mahdir Khalid.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata beliau teruja dengan penganjuran program tersebut.

“Saya dimaklumkan penyediaan makanan untuk jamuan diadakan secara rewang atau gotong-royong oleh anak-anak jati Padang Terap.

“Syabas kerana amalan ini masih lagi menjadi tradisi di banyak kawasan di daerah Padang Terap ini,” kata Perdana Menteri. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here