Kesepakatan Uyghur bakal direncana di Malaysia

0
2

SEBAGAI sebuah negara Islam, tidak menghairankan sekiranya Malaysia terlibat dalam perjuangan untuk melindungi umat Islam yang lain terutamanya apabila isu penindasan yang melibatkan kepentingan kemanusiaan.

Ketika Organization of Islamic Countries (OIC) telah menggugurkan perhatian kepada isu penindasan etnik minoriti muslim Uyghur di Wilayah Autonomi Xinjiang China, penggerak individu dan organisasi lain perlu mengambil bahagian dalam perjuangan yang diabaikan ini.

Selepas Tribunal Penghakiman Uyghur disahkan pada Disember 2021, oleh Mahkamah Tinggi Antarabangsa (ICJ) pelbagai pihak mula mengambil serius kepada realiti tragedi yang menimpa umat Islam di China.

Terkini, salah seorang pemimpin Uyghur akan hadir ke Malaysia untuk merancang tindakan susulan agar kerjasama antara pemimpin dan NGO di Malaysia dapat membuahkan hasil dengan penyaluran bantuan dan sokongan kepada masyarakat Uyghur di Xinjiang.

Antara agenda kehadiran Hidayatullah Oghuzan seta deligasi adalah untuk perkongisan bicara yang lebih serius terhadap nasib masyarakat Uyghur.

Malaysia sudah lama terkenal sebagai sebuah negara yang tidak pernah ketinggalan dalam mempamerkan solidariti kepada sebarang bentuk penindasan hak asasi dan kemanusiaan, serta tanpa gagal menghulurkan siri bantuan di seluruh dunia termasuk perjuangan lama konflik Israel-Palestin.

Kedatangan ini sedikit sebanyak adalah akibat dari kemaraan suara masyarakat di Malaysia terhadap isu yang berlarutan di China. Pada 7 Julai 2022 lalu, satu himpunan telah diadakan melibatkan wakil rakyat dan pemimpin NGO tempatan dan antarabangsa dalam ‘Forum Kemanusiaan: Peduli Uyghur’.

Pelbagai resolusi dicapai untuk mendekatkan lagi hasrat penentangan terhadap penindasan yang dilakukan Kerajaan China kepada etnik minoriti muslim Uyghur.

Isu sebegini bukan sahaja dibincangkan pada peringkat individu dan kumpulan kecil. Malah, ia menjadi agenda nasional yang diperbvincang pada peringkat Parlimen dan NGO, yang selalunya membuahkan hasil dalam bentuk bantuan kemanusiaan.

Siapakah deligasi pemimpin Uyghur kali ini? Mereka merupakan antara pemimpin barisan hadapan dan pejuang utama dalam penentangan penindasan kepada etnik minoriti muslim Uyghur di Xinjiang dan Turkistan Timur.

Ketika ini, antara mereka merupakan Presiden kepada Society and International di Dogu, Turkistan, International Union of East Turkestan Organization, dan Knowledge Association and the Federation of Turkistan Organizations.

Penglibatan pemimpin merentas sempadan antarabangsa adalah satu peristiwa penting untuk Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam membantu perjuangan etnik Uyghur dengan lebih berkesan.

Atas kesedaran terhadap realiti yang berlaku di Xinjiang, Malaysia mempunyai rekod yang berwarna warni. Berbanding sewaktu pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang membenarkan ekstradisi pelarian Uyghur untuk dikembalikan ke China.

Jika di zaman Najib, pelarian Uyghur yang lolos dari penjara Thailand menyelinap masuk ke Malaysia telah di tangkap dan hantar pulang ke China, ia tidak lagi berlaku selepas tampuk pemerintahan beralih kepada kepemimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sebahagian dari pelarian Uyghur di Malaysia malahan ditempatkan di negara lain seperti Turkiye sebagai pencari suaka berbanding kembali ke cengkaman rejim Chinese Communist Party (CCP).

Sebagaimana perhatian yang telah Malaysia berikan kepada Palestin dengan siri bantuan kemanusiaan dan tentangan terbuka sekalipun di Bumi Washington kepada kekejaman Israel dan Zionis, rencana ini adalah jendela yang tepat, untuk pemimpin dan masyarakat merangka satu mekanisme besar-besaran untuk mengangkat kepentingan kesaksamaan bagi masyarakat Uyghur, sekaligus menentang kezaliman komunis di China.

Malaysia punya semangat dan rekod yang tidak boleh dipertikaikan untuk bantuan kemanusiaan tanpa mengira sempadan.

Semoga saudara semanusia kita di China akan terus mendapat pembelaan.

Lajnah Malaysia Peduli Uyghur

(Artikel ini disiar tanpa suntingan dan ia tidak semestinya mewakili pendirian Malaysiapost)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here