Elavarasan dilantik ketua jurulatih B-23 kebangsaan 

0
2

PENOLONG ketua jurulatih Harimau Malaya, E Elavarasan hari ini diumum sebagai ketua jurulatih B-23 kebangsaan yang baharu bagi persediaan menghadapi beberapa kejohanan utama, tahun depan. 

Antaranya termasuk Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja pada Mei, Sukan Asia di Hangzhou, China pada September serta Kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang juga Kelayakan Olimpik 2024. 

Turut diperkenalkan ialah barisan kejurulatihan skuad B-23 kebangsaan terdiri daripada Juan Torres Garrido dari Sepanyol sebagai penolong ketua jurulatih. 

Selain itu, Jihyeon Park dari Korea Selatan sebagai jurulatih kecergasan; Lee Jeyoon sebagai jurulatih analisis prestasi serta Kris Yong yang dikekalkan sebagai jurulatih penjaga gol. 

Perkembangan terbaharu itu diumumkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu sidang media pagi tadi yang turut dihadiri Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi. 

Menurut FAM, biarpun dilantik ketua jurulatih B-23, Elavarasan, 60, masih kekal menjadi penolong kepada pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon untuk menjadi penghubung kepada kedua-dua pasukan. 

Jawatan ketua jurulatih B-23 kebangsaan itu kosong selepas FAM pada 13 Julai 2022 telah melepaskan pengendali dari Australia, Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here