Belanjawan 2023: Syor pakej rangsangan khusus kepada Kontraktor Kecil G1 dan G2

0
3

PERSATUAN Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) berharap pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Oktober ini, akan memberi perhatian khusus kepada industri pembinaan negara.

Sehuhungan itu Presidennya, Datuk Azman Yusoff berkata pihaknya mencadangkan satu Pakej Rangsangan diberi khusus kepada Kontraktor Kecil G1 dan G2 yang sangat terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi negara serta harga barangan binaan yang tidak menentu ketika ini.

Katanya, pakej itu bagi menjamin kelangsungan perjalanan syarikat dan perniagaan mereka, malah sebahagian besar masih terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menerusi pemberian projek di bawah Pakej Rangsangan itu, tambahnya, ia akan memberi kesan berganda kepada semua rantaian dalam industri binaan termasuk pembekal bahan binaan, kedai perkakasan serta pelbagai segmen perniagaan yang akan menerima manfaat sama.

“Untuk pengetahuan juga, kontraktor khususnya G1 dan G2 secara keseluruhannya masih tertekan dan berdepan cabaran sukar untuk meneruskan kelangsungan aktiviti perniagaan mereka.

“Dengan harga bahan binaan yang turun naik, bahkan adakalanya melambung tinggi, isu kekurangan pekerja di tapak binaan yang tidak berkesudahan, kos logistik naik mendadak, pembekalan bahan binaan lewat dari luar negara, telah menjejas serta menganggu usaha pemulihan industri ini. “

Industri ini antara paling terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 mula melanda negara pada Mac 2020,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Azman berkata, atas tujuan itulah, PKBM memohon agar ada peruntukan segera disediakan bagi kontraktor kecil untuk melakukan kerja-kerja khusus seperti penyelenggaraan atau dan lain-lain, dengan tawaran kerja boleh dilaksana menerusi sistem undian di jabatan kerajaan.

Beliau seterusnya merayu agar permohonan bagi bantuan kumpulan bersasar seperti Kontraktor kecil G1 dan G2 diberi perhatian dan pertimbangan mendalam oleh kerajaan menerusi Belanjawan 2023.

Ini kerana katanya, sumbangan ribuan kontraktor tersebut kepada ekonomi negara dan kesejahteraan rakyat amat besar sekali. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here