Surat tular: Siasat sehingga ke lubang cacing – Puad

0
3

SURAT tular didakwa daripada pihak pendakwaan kepada hakim yang bocor mesti disiasat sehingga ke lubang cacing.

Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi yang turut meminta Peguam Negara meletak jawatan.

“Ia mesti disiasat sampai ke lubang cacing. Termasuk kes kes lama. Pasukan Petugas Khas memang perlu tetapi Peguam Negara mesti letak jawatan.

“Bar Council (Majlis Peguam) tidak boleh diharap,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata pendedahan surat berkenaan juga menggambarkan sistem keadilan negara semakin tercemar.

“Mesti ada tangan ghaib. Mesti ada abah konspirasi. Mesti ada master of manipulator. Ia tidak sukar untuk dicari. AG dilantik di zaman siapa? Komen Azalina memang tepat,” katanya lagi.

Baru-baru ini tular satu surat yang didakwa dihantar pihak pembelaan kepada hakim bagi mempercepatkan perbicaraan dihadapi Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu surat dihantar Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob kepada Setiausaha Hakim Datuk Lawrence Sequerah, pihak pendakwaan meminta kes Ahmad Zahid diutamakan melebihi kes dana 1Malaysia Development berhad (1MDB). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here