100,000 pengunjung penuhi Dataran Merdeka

0
3

SAMBUTAN Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini, disifatkan luar biasa selepas dua tahun tidak disambut susulan pandemik Covid-19.

Keunikan bukan saja dapat dilihat dalam acara perbarisan yang membawa lebih 16,000 peserta dan 200 aset, malah jumlah pengunjung yang hadir turut di luar jangkaan.

Kira-kira 100,000 pengunjung daripada pelbagai lapisan masyarakat membanjiri lokasi sambutan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’, lapor Harian Metro.

Semangat patriotik dapat dilihat apabila hampir keseluruhan pengunjung yang membanjiri Dataran Merdeka membawa sepanduk dan Jalur Gemilang bagi merayakan kemerdekaan negara.

Ada antara mereka mengenakan pakaian melambangkan Malaysia dan kepelbagaian bangsa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here