BN Pahang tekad sahut cabaran ‘Bossku’

0
2

BARISAN Nasional bertekad memastikan Pahang kekal milik BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini sekali gus menyahut cabaran Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perjuangan BN di Pahang harus diteruskan dengan usaha lebih kuat lagi bagi memastikan negeri itu tidak jatuh ke tangan pembangkang.

“InsyaAllah kita akan berjaya di Pahang, secara tak langsung untuk menyahut saranan BossKu, Datuk Seri Najib, Ketua Umno Bahagian Pekan, supaya perjuangan mesti diteruskan dan kemenangan untuk BN mesti diterjemah,” katanya di Facebook, hari ini.

Dalam hantaran itu, beliau turut berkongsi gambar sedang menghadiri mesyuarat penyelarasan BN Pahang dan pembentangan ‘war room’ Umno negeri itu kepada Pengarah Pilihanraya BN Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamed Khaled berkata, percaturan dan strategi yang betul selain usaha keras akan menentukan kemenangan BN di Pahang pada PRU15 nanti.

“Pahang berikrar mengekalkan kemenangan mutlak untuk Palimen dan Negeri melalui kerja kuat dan strategi mantap,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here