Elyana doakan yang ‘baik-baik’ buat netizen yang minta pergi mati

0
2

PENYANYI, Elyana dikecam sekali lagi oleh seorang individu di ruangan komen Instagramnya yang mendoakan agar dirinya mati dengan alasannya tidak tahu mensyukuri nikmat Allah.

Elyana atau Erneelya Elyana Emrizal, 35, bagaimanapun dilihat lebih tenang berbanding sebelum ini, apabila membalas komen ‘panas’ itu dengan mendoakan yang baik-baik sahaja kepada individu tersebut.

“Semoga awak dipanjangkan umur, dijauhkan dari segala penyakit, dimurahkan rezeki dan diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirat,” katanya di Instagram.

Difahamkan, individu terbabit berbuat demikian kerana tidak berpuas hati melihat penampilan baharu Elyana yang tidak lagi mengenakan hijab selepas pulih daripada penyakit kanser.

Rata-rata pengikut yang melihat komen berkenaan menyifatkan tindakan individu terbabit seperti dendam berbanding nasihat dan ianya keterlaluan serta melampaui batas.

“Komen dia macam maksum sangat. Tidak faham dengan manusia yang macam tu. Risau.

“Orang komen seperti ini lebih kepada dendam kesumat daripada dakwah damai Islam. Tidak tahu apa yang dia buat, dia tidak tenang sebegitu. Abaikan saja. Satu tidak suka beribu lagi suka.

“Tidak baik cakap begitu. Doakan baik baik. Insya-Allah yang baik-baik akan datang kepada diri sendiri juga,” komen netizen di Instagram.

Namun begitu, ada juga yang menyebelahi pihak individu tersebut dengan berpendapat teguran tersebut tetap berasas.

“Cara yang kasar tetapi apa yang cuba nak sampaikan tersirat perkara yang betul. Awak juga fikir apa yang telah awak lakukan.

“Untung kak ada wakil malaikat datang komen. Mesti ramai wakil-wakil malaikat jadi peminat juga.

“Kadang-kala teguran yang macam ni boleh buat seseorang itu berubah. Kadang-kala Allah hadirkan orang orang macam ini untuk tegur kita. Terpulang sama ada kita nak terima ataupun tidak. Kita semua pendosa,” kata netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here