MOT, KTMB bincang tingkat pengangkutan kargo melalui rel

0
4

KEMENTERIAN Pengangkutan Malaysia (MOT) akan berbincang dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) usaha untuk meningkatkan pengangkutan kargo melalui rel.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ketika ini kadar utilisasi perkhidmatan pengangkutan kargo melalui rel dilaporkan masih rendah untuk menampung keperluan bagi sektor logistik. 

“Permintaan bagi perkhidmatan kargo rel agak tinggi tetapi lokomotif dan wagon masih tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pasaran. 

“Saya akan berbincang dengan pihak KTMB untuk meningkatkan pengangkutan kargo melalui rel bagi memastikan keperluan bagi sektor logistik ini tersedia dengan baik dan lancar seterusnya memberi manfaat kepada orang ramai secara keseluruhannya,” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, Ka Siong melawat Stesen Keretapi Gurun, Kedah dan berinteraksi dengan penumpang yang menggunakan perkhidmatan tren KTMB berkenaan.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, beliau mendengar maklumbalas penumpang berhubung perkhidmatan itu dan akan menambahbaik kekurangan yang ada.

“Pada ketika ini terdapat sebanyak 13 perkhidmatan tren komuter dan 2 perkhidmatan tren ETS yang berhenti di stesen Gurun pada setiap hari.

“Di samping itu, saya juga meninjau perkhidmatan kargo (baja amonia) yang dikendalikan oleh KTMB untuk Petronas dari Stesen Gurun ke Stesen Seberang Perai. Perkhidmatan kargo baja ini dikendalikan dua kali sehari,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here