Mesyuarat MKT ‘tenang’, mahu PRU segera

0
2

MESYUARAT Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam tadi berlangsung “tenang” meskipun sedikit beremosi ketika sesi taklimat khas Presiden yang berlangsung petang Sabtu.

Menurut seorang ahli MKT yang enggan namanya disiarkan berkata mesyuarat MKT menyatakan solidariti untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disegerakan.

“(Mesyuarat) Tak ada panas, hanya solidariti nak PRU diadakan segera saja,” katanya kepada Malaysiapost lewat malam tadi.

Katanya, mesyuarat Pengerusikan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berlangsung dengan baik dan harmoni.

Mesyuarat MKT Umno juga tidak menyentuh mengenai hukuman penjara dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sebaliknya MKT menjadikan pengorbanan Najib sebagai pemangkin semangat untuk hadapai PRU

“Pengorbanan Najib dijadikan semangat untuk kemenangan PRU15,” katanya lagi.

Mesyuarat khas MKT Umno itu tamat lewat malam tadi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here