Gesa PM tukar AG: Azalina dikecam warganet

0
2
Timbalan Speaker, Datuk Seri Azalina Othman. Malaysiapost/Sharifudin Abdul Rahim

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Seri Azalina Othman Said menerima kecaman warganet selepas meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menukar Peguam Negara.

Ia susulan pendakwaan kes penyelewengan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.

Tinjaun di media sosial mendapati warganet mengecam artikel berkaitan gesaan Azalina yang juga Penasihat Undang-Undang Perdana Menteri.

Pemilik akaun Facebook Hana Fwd secara sinis berkata, Azalina mahu Tan Sri Apandi Ali dilantik kembali sebagai Peguam Negara bagi menyelamatkan mereka.

“Depa nak Apandi Ali ler tu! Apandi jer yg boleh ‘bersihkan’ kluster mahkamah tanpa rasa bersalah langsung!,” tulisnya.

Muhamad Mokktar pula berkata menzahirkan rasa syukur kerana Perdana Menteri tidak sehaluan dengan perasuah.

Katanya, dia berbangga kerana Perdana Menteri membawa sikap amanah dan takut pada Tuhan.

“Bersyukur lah kita punya pm .tak sehaluan dengan perasuah.pencuri dan penyamun. Kemungkinan pm takut dengan Tuhan… syabas’pm terbaik,” tulisnya.

Selain itu warganet turut mengkritik cara Umno yang dilihat cuma mendominasi kembali kerajaan.

Malah ada yang tidak mahu Umno dipilih semula oleh pengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.

Pemilik Facebook Wok Rai berkata, Umno dilihat dalam keadaan terdesak apabila cuba campur tangan dalam isu kehakiman.

“Nampak terdesak sangant Umno ni. Ya, sejak Umno/BN memerintah negara ini, campur tangan dalam bidang kehakiman, polis, sprim dikuasi oleh mereka. Malang sekali ramai rakyat (marhean) terutamanya percaya bulat-bulat,” tulisnya.

Mohd Saad Saad pula memuji kepimpinan Ismail Sabri dalam mengurus negara.

“PM yang ada sekarang ini memang terbaik kita semua ada di belakang PM kalau menjalankan tugas dengan baik kepada negara dan rakyat semua semuga Allah permudahkan urusan untuk PM kita memang terbaik buat masa ini,” tulisnya di Facebook.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here