PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, malam ini.
Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menerusi Twitternya.
“Mesyuarat MKT bermula pada jam 8.30 malam dan dipengerusi Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Bersama hadir, Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan; PM, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ahli MKT,” tulisnya.
Difahamkan, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno tidak hadir ke sesi Taklimat Khas Presiden Umno kerana menghadiri program di Pahang, petang tadi. – Malaysiapost

