Najib: ‘Harga sebuah pengorbanan meskipun tak dihargai’

0
4
najib razak

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan hukuman penjara dihadapinya sebagai harga sebuah pengorbanan yang terpaksa beliau bayar setelah berada dalam dunia politik.

Najib berkata, sepanjang bergelar wakil rakyat dan penjawat awam, beliau berjuang untuk membela nasib rakyat meskipun ada yang tidak menghargainya.

“Malah membela kelangsungan hidup rakyat pada masa terdesak dan amat memerlukan dengan penyediaan Skim Insurans Pekerjaan, dan berjuang mendapatkan pengeluaran KWSP i-sinar, i-Lestari, i-Citra.

“Tidak pernah meninggalkan rakyat.
Tidak mengapa jika tiada yang menghargai…Saya ikhlas memimpin Malaysia.

“I gave my best, I tried my best.
Tidak mengapa jika tiada yang menghargai. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui. Hanya Allah SWT yang memahami pengorbanan saya sepanjang perjalanan ini,” tulis Najib dalam satu catatan bertarikh 22 Ogos yang disiarkan di Facebooknya, malam ini.

Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimum Tuan Mat menolak rayuan akhir Najib.

Dalam pada itu Najib berkata, hanya Allah yang tahu perjuangannya dalam memikul bahtera Umno dan BN yang mempunyai berjuta ahli.

Najib berkata dalam perjalanannya membangunkan negara, beliau gembira kerana banyak pencapaian yang telah berjaya dilakar.

“Merakyatkan kerajaan dan memberikan segala yang ada kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“Ke pengorbanan peribadi saya – masa dan keluarga, dari fajar subuh hingga ke senja mentari.

Kini berhadapan dengan dugaan yang berat menguji saya dan keluarga. Saya hadapi.Mungkin … inilah harga pengorbanannya,” katanya.- Najib

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here