Jika Nicky Liow, anak Vincent Tan boleh, kenapa tidak pada Najib?

0
2

JIKA mahkamah boleh bertimbang rasa dengan ahli perniagaan, Nicky Liow dan 14 individu lain berhubung pertuduhan terlibat dalam kumpulan jenayah terancang ‘Geng Nicky’ lima tahun lalu, mengapa ruang pembelaan yang sama tidak diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Bekas peguambela Najib, Datuk Zaid Ibrahim berkata, begitu juga kes melibatkan anak hartawan Vincent Tan, yang didakwa atas pertuduhan memiliki dadah.

Katanya, pertuduhan itu dikurangkan apabila Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas
menyatakan dalam hal jenayah, peguam tertuduh mengemukakan representasi bertulis kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menimbang semula keputusan mengenakan tuduhan berkenaan.

“Yang kita mohon bukan campur tangan, tapi kita mohon adalah kerajaan ambil kira.. bukankah itu tugas kerajaan untuk mengambil kira kesusahan rakyat, kalau kerajaan Putrajaya hari ini boleh bertimbang rasa kepada ‘Dickie gang’, ‘Nicky Liow gang’, kumpulan ‘underworld’ 14 orang gangster termasuk empat warga China.

“Kalau dia boleh dilepaskan Peguam Negara dengan satu surat, dilepaskan Mahkamah Rayuan dengan satu ‘representation’… Apakah bekas Perdana Menteri kita tak dapat dua bulan bagi memberi hujahnya.

“Apakah Najib Razak tidak boleh diberi peguambela masa yang cukup. Ini keadilan Putrajaya yang kita hadapi hari ini. Apa beza dengan anak Vincent Tan …dari pertuduhan yang berat, dadah (sepatutnya dipenjarakan dadah) dikurangkan (hanya denda)… bukan dengan perbicaraan, hanya surat ‘representation’ kepada Peguam Negara,” katanya menerusi rakaman video di Facebook.

Sehubungan itu, Zaid membidas institusi kehakiman supaya tidak bersikap ‘double standard’ dan hipokrit.

“Jadi, janganlah double standard.. kalau tak nak campur tangan tetapi ini jelas campur tangan… Jangan jadi hipokrit,” katanya.

Mahkamah Persekutuan Selasa lalu mengekalkan hukuman penjara selama 12 tahun dan dengan RM210 juta ke atas Najib berhubung kes penyelewengan dana SRC International.

Panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimum Tuan Mat menolak rayuan akhir Najib.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here