Ajaran sesat Hadi Minallah masih dalam siasatan – JAIS

0
2

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) sedang memperinci siasatan berkaitan ajaran sesat Hadi Minallah dan laporan mengenainya dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata siasatan JAIS, antara lain mengambil kira sama ada ajaran itu melibatkan warga tempatan atau sebaliknya.

“Setakat ini (kerajaan negeri) masih menunggu siasatan dan laporan penuh berkenaan ajaran sesat terbabit. Kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan JAIS dalam tempoh terdekat,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Kesedaran Penipuan Dalam Talian dan Pelancaran Aplikasi Whoscall di Shah Alam, hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, memaklumkan ajaran sesat itu turut dikesan disebarkan di Selangor, Johor dan Kedah.

Siasatan dilakukan terhadap ajaran sesat di tiga negeri itu bagi tujuan pendakwaan sekiranya boleh disabitkan dan segala tindakan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here