Kisah Najib jadi azimat penguat Umno – Ahmad Zahid

0
3

PEMENJARAAN Datuk Seri Najib Razak akan menjadi azimat penguat untuk Umno terus bersama dan lebih bersemangat dalam berjuang, tegas Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurutnya, musuh Umno menjangkakan api kemaraan parti itu akan terpadam dengan pemenjaraan bekas Perdana Menteri itu, namun kisah Najib bukanlah pengakhiran kepada perjuangan mengembalikan kemakmuran di bumi Malaysia.

“Mereka mengharapkan muslihat mereka akan lebih mudah dicatur dan terlaksana, ternyata mereka tersilap mengatur percaturan.

“Kisah Najib Razak bukanlah pengakhiran kepada perjuangan mengembalikan kemakmuran di bumi Malaysia.

“Sebaliknya kisah itu akan menjadi azimat penguat untuk kita terus bersama dan lebih bersemangat dalam berjuang,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ada yang pernah menyatakan bahawa Umno telah tiada dan sudah berakhir.

“Mereka mahu menamatkan terus riwayat Umno, namun berkat keazaman bersama kita berjaya menghalanginya.Bersama kita semua mara dan terus berjuang mencapai kebangkitan Umno.

“Selepas gagal dan melihat kebangkitan Umno, mereka mahu menguasai (hijack) parti terbesar orang Melayu ini. Mahu memperkudakan Umno untuk menjamin kedudukan politik, kuasa dan jawatan mereka yang kian lemah,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, berkat keazamaan pemimpin dan ahli Umno yang setia, sekali lagi bersama berjaya menghalangnya.

Katanya, usaha menjatuhkan Umno tidak terhenti dan dapat disaksikan betapa mereka tetap bermuslihat untuk menawan dan mempergunakan Umno.

“Bagi mencapai tipu daya, pemimpin yang mempertahankan Umno daripada tergadai kepada mereka mahu diketepikan. Syukur ke hadrat Ilahi para pimpinan yang setia kepada perjuangan Umno tidak tunduk dan mengalah.

“Termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah begitu banyak berjasa kepada Umno yang kini dipenjarakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here