Siapa ‘poster boy’ yang Puad sasarkan? – Kit Siang

0
2
https://www.roketkini.com/2021/10/13/covid-19-mengapa-prestasi-malaysia-lebih-buruk-berbanding-indonesia/

KENYATAAN Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, bahawa Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak perlukan lagi ‘poster boy’ untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menimbulkan pelbagai persoalan.

Veteran DAP, Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada poster boy yang dimaksudkan itu adalah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini dipenjarakan atau Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, jika ia merujuk kepada Najib maka begitu pantas sesetengah pemimpin Umno menolak Najib.

“Cadangan dari Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Puad Zarkashi, bahawa Umno dan BN tidak boleh mempunyai poster boy yang “over perasan dan lembik” menimbulkan persoalan sama ada sesetengah pemimpin UMNO kini sebegitu pantas menolak Najib Razak, tetapi atas sebab yang salah.

“Puad mengatakan di laman Facebook dia yang mempunyai “poster boy” boleh menjadi senjata yang makan tuan dan mencadangkan supaya Umno dan BN untuk menggunakan logo BN yang telah diuji zaman,” katanya dalam satu kenyataan.

Kit Siang berkata, Najib yang juga bekas Presiden Umno yang kini mula menjalani hukuman penjara 12 tahunnya, adalah poster boy Umno dan BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor awal tahun ini.

“Adakah Puad menyesali Najib menjadi poster boy Umno dan BN dalam PRN Johor sebelum ini memandangkan Najib telah menjadi “liabiliti” sehingga Puad menggunakan pepatah Melayu, harapkan pegar, pegar makan padi?

“Atau adakah Puad sebenarnya menyasarkan Perdana Menteri, Ismail Sabri, dan bukannya Najib Razak?

“Sekiranya begitu, Puad patut menjelaskan bagaimana Ismail Sabri ini merupakan pegar yang makan padi?” soalnya.

Mohd Puad dalam satu hantaran di laman Facebooknya semalam, berkata Umno tidak memerlukan lagi poster boy untuk PRU-15 kerana ia tidak lagi relevan dan boleh menjadi ‘bola tanggung’, ‘punching bag’ atau ‘senjata makan tuan’.

Beliau berkata, walaupun sudah ada keputusan, tetapi kalau sudah menjadi liabiliti, elok dibatalkan sahaja poster boy kerana manusia bernyawa mudah difitnah jika jadi poster boy.

Menurutnya, adalah lagi baik logo BN dijadikan poster boy kerana benda tak bernyawa memang sukar untuk difitnah selain logo BN telah sebati kepada rakyat.

Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) Khas April lalu, Ismail Sabri dipilih sebulat suara oleh perwakilan untuk diangkat sebagai ‘poster boy’ sekaligus dilantik Perdana Menteri jika BN menang PRU-15. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here