Tak campur urusan mahkamah, PAS ucap terima kasih kepada Ismail Sabri

0
2

PAS mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana teguh berpegang pada prinsip pengasingan kuasa dan tidak mencampuri urusan institusi kehakiman.  

Ketua Penerangan PAS, Senator Ir Ts Khairil Nizam Khirudin berkata PAS akur keputusan Mahkamah Persekutuan mengekal sabitan dan hukuman ke atas Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. 

Katanya, PAS juga menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan menghormati setiap keputusan oleh institusi kehakiman. 

“PAS menegaskan agar kes berprofil tinggi yang dalam perbicaraan seperti kes Lim Guan Eng, Syed Saddiq, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan individu lain juga dapat segera diselesai dan diadili tanpa campur tangan dan tekanan mana-mana pihak. 

“PAS juga mengharapkan agar Najib serta keluarga terus tabah dan redha dengan segala ketentuan Allah SWT. 

“PAS mengiktiraf segala jasa-jasa beliau dalam membangunkan negara sepanjang tempoh menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia keenam,” katanya menerusi kenyataan malam ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here