‘Tiada air Coway, peti sejuk untuk banduan VIP’

0
2

TIADA peti sejuk, apa lagi penapis air Coway disediakan dalam penjara untuk banduan orang kenamaan (VIP), kata bekas Exco Pemuda Umno, Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitternya, menjawab pertanyaan daripada pengguna bernama Zack @abdrazaknasser: “TV dan peti sejuk ada sir?”.

Malah, beliau meminta orang ramai supaya tidak mempercayai berita palsu mengenai layanan istimewa kepada VIP di penjara.

“Tak ada, jangan percaya sebaran palsu tu. Dalam penjara tak disediakan air batu atau air coway,” katanya.

Wan Muhammad Azri sebelum itu memberitahu bahawa keadaan sel VIP di Penjara Kajang sama seperti di Penjara Sungai Buloh.

“Sel VIP penjara kajang tu hanya satu bilik berasingan dengan banduan lain. Keluasan 10 kaki x 15 kaki. Ada kipas siling, ada tilam dan satu bantal.

“Toilet jamban (tandas) cangkung tanpa pintu. Lebih kurang sama macam mana bilik penjara Anwar Ibrahim tinggal di Sungai Buloh,” tulisnya.

Terdahulu, Jabatan Penjara menafikan dakwaan kononnya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima layanan istimewa di Penjara Kajang.

Jabatan itu menerusi hantaran di Facebook meminta penyebaran maklumat palsu berhubung kemudahan penjara untuk orang kenamaan (VIP) dihentikan.

Selain itu, jabatan tersebut menjelaskan penularan satu gambar dikatakan sel VIP dengan kemudahan lebih selesa berbanding sel penghuni penjara yang lain, adalah palsu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here