Kes SRC: Hikmah di sebalik kejatuhan Muhyiddin – Tuan Ibrahim

0
2
KUALA LUMPUR, 18 November 2020 - Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika sesi wawancara bersama Mingguan Malaysia di Ibu Pejabat PAS, Jalab Raja Laut di sini hari ini. Gambar FAUZI BAHARUDIN Pemberita Fahmi

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan semalam tergambar hikmah di sebalik tindakan Ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri tahun lalu.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata susulan keputusan mahkamah itu, tidak dapat dibayangkan Muhyiddin diserang oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) jika beliau masih Perdana Menteri.

“Namun hakikat yang jelas, kerajaan tidak akan campur tangan dalam sistem kehakiman negara walau siapa menjadi Perdana Menteri.

“Namun yang sukar ialah menentang persepsi yang sengaja dibina oleh musuh. Yakinlah setiap apa yang ditentu oleh Allah ada hikmah tersendiri,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Mahkamah Persekutuan semalam mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Keputusan itu sekali gus menjadikan Najib bekas Perdana Menteri pertama di Malaysia dipenjarakan selepas didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here