Tak adil Najib disumbat ke penjara, Jho Low, rakan subahat masih bebas – Guan Eng

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=521091439387617&set=pb.100044602951844.-2207520000..&type=3

PENGERUSI DAP, Lim Guan Eng mahu pihak berkuasa menggandakan usaha untuk menangkap Jho Low, ahli keluarganya serta rakan subahat penjenayah dalam buruan itu.

Menurut Guan Eng, ia berkaitan skandal RM52 Bilion 1MDB demi memberikan keadilan kepada 32 juta rakyat Malaysia.

Beliau turut memuji sembilan hakim Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan atas penghakiman mereka yang mensabitkan Datuk Seri Najib Razak berkaitan penyelewengan dana SRC.

“Najib masih perlu menghadapi empat lagi perbicaraan berkaitan 1MDB membabitkan RM6.64 bilion dan SRC International membabitkan RM27 juta.

“Bagaimanapun arkitek kewangan utama Najib iaitu Jho Low masih bebas.

“Ketika Najib menghadapi pengadilan di mahkamah, adalah nyata tidak adil dan satu pengkhianatan keadilan apabila Jho Low, keluarga dan rakan subahatnya berkaitan skandal itu dibiar bebas berkeliaran,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Bagan itu, tiada perbelanjaan atau usaha harus dikurangkan untuk membawa Jho Low, keluarga dan rakan subahatnya yang terkait dalam skandal 1MDB ke muka pengadilan.

“Kerajaan perlu membuat laporan kemajuan mengenai status penangkapan penjenayah paling dikehendaki di Malaysia ini,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here