Agong, Permaisuri berkenaan tonton Air Force The Movie

0
2

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat menonton filem Air Force The Movie: “Selagi Bernyawa” di The Gardens Mall, Kuala Lumpur, semalam.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook, memaklumkan Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, turut berangkat sama menonton filem berkenaan.

“Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan barisan produksi filem berkenaan,” menurut hantaran itu.

Filem Air Force The Movie ialah sebuah filem fiksyen aksi ketenteraan Malaysia yang mengisahkan mengenai Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang terkandas di Namburi, selepas kapal terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditembak. Manakala pasukan TUDM di Malaysia berusaha untuk menyelamatkan mereka.

Filem yang mendapat kerjasama TUDM ini akan mula ditayangkan pada hari ini 24 Ogos 2022. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here