5 positif Covid-19 di Hospital Tung Shin

0
2

LIMA kes positif Covid-19 dikesan di Hospital Tung Shin, Kuala Lumpur yang menyebabkan beberapa jabatan di hospital swasta itu ditutup buat sementara waktu bagi kerja pembersihan dan sanitasi.

Dalam satu kenyataan, pihak pengurusan hospital memaklumkan lima kes itu membabitkan empat pesakit warga tempatan dan seorang warga asing.

“Hospital Tung Shin ingin memaklumkan bahawa lima pesakit telah didapati positif Covid-10 pada 6 Oktober (hari ini).

“Empat pesakit tempatan dikesan melalui pemeriksaan pra-pembedahan dan seorang warga asing dikesan melalui pemeriksaan pra-perjalanan.

“Pejabat Kesihatan Daerah segera dimaklumkan dan semua pesakit telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” kata kenyataan itu. – Malaysiapost