GAT Asia jalin hubungan sosial antara PDRM, Parlimen, masyarakat

0
2

GAT Asia berjaya menganjurkan perlawanan bola sepak persahabatan antara pasukan Cawangan Khas (Bukit Aman) Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan pasukan Titiwangsa United yang turut disertai Timbalan Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Penganjuran tersebut sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat GAT Asia sebagai penghargaan kepada pasukan barisan hadapan mendepani krisis dalam negara disamping mengeratkan hubungan antara PDRM dan Parlimen Malaysia.

“GAT Asia akan meneruskan inisiatif sedemikian disamping menyampaikan mesej organisasi bukan sahaja tentang kepentingan alam sekitar malah berkenaan keselamatan awam,” menurut GAT Asia dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, penyertaan Mohd Rashid dalam penganjuran tersebut bukanlah perkara yang asing sebagai seorang yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat bagi Ahli Parlimen Batu Pahat itu.

Untuk rekod, Mohd Rashid sudah melibatkan diri dalam pengurusan bola sepak, di mana beliau terlibat secara langsung dalam program pemilihan bersama pasukan Selangor, ketika menuntut di Maktab Tentera Diraja.

Ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang pada tahun 2017, Mohd Rashid pernah diminta membantu skuad Melayu Pulau Pinang dalam pertandingan Piala Emas Raja-raja bagi musim tersebut.

Dalam pada itu, selepas 15 tahun pasukan berkenaan tidak pernah memenangi kejohanan, akhirnya berjaya merangkul gelaran juara selepas menewaskan pasukan Kelantan.

Sebagai sukan yang dekat di hati beliau, Mohd Rashid berazam mahu mengumpulkan semula pemain-pemain lama untuk membantu pembangunan bola sepak disamping mengenal pasti bakat-bakat pemain muda. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here