Kes SRC: Kemenangan buat rakyat, sistem demokrasi – DAP 

0
2
https://www.facebook.com/photo/?fbid=525797745577810&set=pb.100044427668163.-2207520000..

KEPUTUSAN Mahkamah Persekutuan berhubung kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd hari ini disifatkan kemenangan buat rakyat Malaysia. 

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook, berkata keputusan itu juga menunjukkan kemenangan bagi sistem demokrasi negara, selain memberi amaran kepada semua pihak bahawa kuasa dan mandat  rakyat tidak boleh disalahgunakan. 

“Hari ini merupakan hari kemenangan untuk rakyat Malaysia yang berani membuat perubahan pada 9 Mei 2018! Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini juga kemenangan untuk sistem demokrasi negara. 

“Keputusan ini ialah amaran kepada semua pemimpin politik yang diberikan kuasa dan mandat oleh rakyat supaya jangan sesekali menyalahgunakan kuasa untuk memperkaya diri sendiri. 

“Orang yang paling berkuasa sekalipun, yakni Perdana Menteri, boleh dijatuhkan oleh rakyat dan menghadapi penghakiman mahkamah. Satu permulaan baharu untuk Malaysia,” katanya. 

Terdahulu, media melaporkan 

panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebulat mengekalkan sabitan salah yang dikenakan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Mahkamah turut mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib sebelum ini. 

Dengan keputusan itu, di akhir prosiding ini, Najib akan mula menjalani hukuman penjaranya berkuat kuasa hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here