‘Jika pemimpin PAS rasuah, kami sendiri bawa ke muka pengadilan’ 

0
1

PAS konsisten menolak budaya rasuah seiring dengan larangan agama Islam yang mengharamkan umatnya memakan harta orang lain dengan cara yang batil. 

Ketua Penerangannya, Ir Khairil Nizam Khiruddin berkata PAS sebagai sebuah gerakan dakwah dan parti politik yang berpegang kepada al-Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagai dasar perjuangan akan terus menentang kezaliman rasuah. 

Beliau turut menegaskan PAS sehingga hari ini konsisten tidak disabitkan dengan kes rasuah meskipun mentadbir tiga negeri dan sebahagian kementerian dalam kerajaan Persekutuan. 

Malah, katanya, sekiranya terdapat kes dalam PAS, parti itu sendiri yang akan bawa mereka yang terbabit ke muka pengadilan. 

“Saya juga menggesa agar kes-kes rasuah dan pecah amanah dalam kalangan ahli politik seperti kes Lim Guan Eng, Syed Saddiq dan Dato Seri Zahid Hamidi dapat dihakimi dengan seadilnya sebelum PRU15. 

“Agar ia dapat mengembalikan tahap kepercayaan rakyat kepada institusi kehakiman, legislatif dan Eksekutif di dalam negara ini. 

“Lebih memalukan, apabila ada yang telah dan cuba menggunakan kuasa politik untuk membebaskan diri daripada dibacarakan secara adil di mahkamah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Khairil Nizam berkata sekiranya berani dan benar, berilah kepercayaan sepenuhnya kepada mahkamah sebagai ruang untuk bebaskan diri daripada tuduhan seterusnya menghentikan tohmahan dan fitnah orang ramai. 

“Semoga Malaysia akan bebas daripada kotoran dan najis rasuah pada masa akan datang,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here