Bajet 2023 tumpu kebajikan, tingkatkan pendapatan rakyat – PM 

0
2

MENGAMBIL kira cabaran yang bakal dihadapi pada tahun 2023, kerajaan akan memastikan Bajet 2023 disedia berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat segenap lapisan masyarakat. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata antara tumpuan utama adalah  memastikan pemulihan pasca Covid-19 turut mewujud peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan rakyat serta kelangsungan perniagaan. 

Di samping itu, katanya, dalam menghadapi ketidaktentuan global, Bajet 2023 turut memberi tumpuan kepada golongan rakyat yang memerlukan bantuan. 

Ujarnya, bantuan itu termasuk menambahbaik sistem perlindungan sosial serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat melalui perkhidmatan kesihatan dan pendidikan berkualiti. 

“Kerajaan turut memberi tumpuan kepada persekitaran hidup yang selamat dan selesa dengan menitikberatkan pembangunan yang inklusif dan mampan. 

“Ia bertujuan agar semua ahli Keluarga Malaysia dapat menikmati manfaat pembangunan negara pada masa kini dan hadapan tanpa mengira komuniti atau tempat tinggal,” katanya ketika berucap di Majlis Konsultasi Bajet 2023, di Kementerian Kewangan hari ini. 

Ismail Sabri berkata, ekonomi negara menunjukkan pemulihan kukuh pada separuh pertama 2022 yang berkembang sebanyak 6.9 peratus ekoran langkah Kerajaan melaksanakan Fasa Peralihan ke Endemik. 

Katanya, selain itu pembukaan sepenuhnya ekonomi dan sempadan serta didokong dasar fiskal mengembang melalui Bajet 2022. 

“Saya yakin momentum pemulihan ekonomi negara pasca Covid-19 akan berterusan sehingga penghujung tahun 2022 dan dengan itu, unjuran pertumbuhan tahun 2022 di antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus dapat dicapai,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here