Noor Mousa Azaddin
BERITA pembersihan kaum Uyghur di Xinjiang China sudah menjadi bahan bualan mulut seluruh umat dunia. Walaupun China berusaha untuk menipu dunia yang sebenarnya daerah Xinjiang ini adalah sebuah daerah yang aman dan damai tanpa sebarang tekanan daripada pihak kepimpinan China. Pun begitu, penipuan ini sudah berjaya dibongkar dan didedahkan oleh media media utama antarabangsa seperti NYT, CNN, Aljazeera dan TRT.
Menurut Aljazeera, mereka telah melaporkan bahawa ada pengodam yang tidak dikenali telah berjaya memecah masuk ke server polis di Xinjiang serta telah berjaya mendapatkan gambar dan bukti kukuh terhadap kekejaman yang telah dilakukan oleh China terhadap Uyghur. Malah mereka juga berjaya menemukan bukti yang terdapat penggunaan senjata di kem tahanan tersebut dan kewujudan dasar untuk menembak sesiapa tahanan yang cuba melarikan diri.
Dan kebanyak negara negara dunia telah mengecam hebat tindakan China terhadap kem tahanan ini. Malaysia juga tidak terkecuali untuk mengecam China di saat China adalah kuasa besar dunia. Walaupun begitu, ada desas desus mengatakan Malaysia sering berdalih mengenai isu Uyghur ini kerana kita taku terhadap kuasa China. Kata mereka Malaysia tidak setegas dalam isu Palestin-Israel dan Rohingya.
Sebenarnya Malaysia sudah lama bertegas dalam isu Uyghur malah kita tidak pernah memilih mana mana isu keamanan. asalkan isu tersebut isu keamanan, Malaysia akan sentiasa bertegas. Antara bukti Malaysia sentiasa tegas terhadap isu Uyghur adalah;
a. Pada September 2020, Malaysia telah mengeluarkan kenyataan yang jelas yang Malaysia tidak akan mengekstradisi pelarian Uyghur ke China.
b. Pada 2018, Malaysia membebaskan 11 orang Uyghur dari penjara dan menghantar mereka ke Turki walaupun terhadap permintaan untuk mengekstradisi mereka dari China.
c. Malaysia enggan menandatangani surat kepada PesuruhJaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia yang mengutuk penahanan besar besaran China terhadap Uyghur.
Oleh itu, Malaysia sentiasa tegas dalam mana mana isu keamanan. Malah di bawah pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri, beliau sering menekanan dalam isu keamanan. Beliau tidak pernah takut untuk bersuara mengenai isu keamanan dan menegur pemimpin yang menganggu gugat keamanan negara sebagai contoh beliau sudah menegur AS dalam isu Palestin-Israel dan teguran terhadap China dalam isu Laut China Selatan.
.
Penulis ialah seorang peguam
(Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Malaysiapost)

