AJK masjid, surau dilarang sertai aktiviti politik kepartian – JAIS

0
2
masjid negara

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan jawatankuasa masjid dan surau di negeri itu adalah tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam apa-apa program politik kepartian.

Ia termasuk mengimamkan solat hajat atau membenarkan dan mengendali bersama majlis deklarasi atau sumpah laknat atau mubahalah dalam pelbagai bentuk dan cara yang melibatkan individu dari mana-mana parti.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, berkata larangan tersebut berdasarkan Peraturan 18 (1)(a) dan Peraturan 30 (1)(a) Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) Tahun 2017.

Katanya, peraturan itu juga menyatakan jawatankuasa kariah masjid dan surau hendaklah membantu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dalam “memastikan masjid/ surau menjadi pusat ibadah, pusat ilmu, pusat penyatuan ummah, zon aman dan bebas politik kepartian”.

“Arahan ini dibuat adalah selaras dengan hasrat Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor agar masjid dan surau di Negeri Selangor dapat dikekalkan sebagai tempat ibadat umat Islam yang sentiasa aman, kondusif dan bebas dari sebarang elemen kepartian dan mampu membawa penyatuan ummah.

“Sultan Selangor juga turut menitahkan pegawai dan jawatankuasa masjid dan surau agar sentiasa memelihara kemuliaan institusi masjid dari dicemari oleh sebarang elemen yang boleh merosakkan perpaduan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lalu, Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah mubahalah Najib telah melafazkan sumpah mubahalah di Masjid Kampung Baru Kuala Lumpur bagi menafikan pembabitannya dalam penyelewengan dan SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, lafaz sumpah itu bertujuan untuk membersihkan nama dirinya, keluarga dan kedua ibu bapanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here