VOKALIS kumpulan Hujan, Noh Salleh yang menyepi seketika selepas bercerai dengan Mizz Nina membuat kemunculan di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) baru-baru ini.
Bagaimanapun, kemunculannya itu sekali lagi menjadi perbualan apabila membuat peragaan di pentas sambil memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan.
Menerusi satu video di TikTok memaparkan Noh membuat aksi cuba meminta pemetik rokok daripada hadirin yang berada di hadapannya sebelum meneruskan langkah sambil meletakkan rokok tersebut di mulutnya.
Rata-rata warga maya terkejut dengan tindakan Noh itu yang dikatakan tidak wajar dipertontonkan kepada umum.
Kata mereka walaupun rokok tersebut tidak dinyalakan, ia tetap memberi gambaran tidak baik bagi tontonan umum bagi majlis nasional.
“Celaru tengok Noh ini. Kesian pun ada tengok lepas bercerai dengan Mizz Nina. Tapi kena la fikir apa engkau tunjuk kt majlis besar tu mesti jadi kata-kata netizen,” kata BlackRose.
“Mungkin dia dah bosan hidup sebagai seorang yang baik agaknya,” kata AmyMatPiah.
“Noh ni attitude macam indie band lain. Cuma bila pergi event yang ada VIP, media kena control sikit. Dia pun bukan baru jadi artis, nasihat tak jalan dah ni,” kata Synievvs.
Sebelum ini, aksi Noh sempat dirakam ketika menyedut dan menghembus asap vape di hadapan sekumpulan wartawan.
Ketika itu dia diajukan dengan soalan berkenaan gosip penceraiannya dengan Mizz Nina.
Mizz Nina dan Noh yang telah berkahwin selama 11 tahun mengumumkan perpisahan mereka selepas sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, awal bulan lalu. – Malaysiapost

