Pembukaan semula ekonomi berjaya memulihkan perniagaan termasuk PKMS- Shahir

0
2

PEMBUKAAN semula ekonomi telah membantu memulihkan semula operasi perniagaan yang terkesan akibat pandemik, kata Pengerusi Malaysia Best Business Award 2022, Shahir Adnan.

Beliau berkata, ia berdasarkan kaji selidik yang dijalankan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) pada awal tahun ini.

Katanya, Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) kekal signifikan kepada pengembangan ekonomi negara walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Prestasi perniagaan juga mencapai tahap lebih baik yang mana terdapat peningkatan nilai jualan, permintaan, aliran tunai dan keperluan tenaga buruh.

“Selain itu, terdapat impak yang positif terhadap permintaan guna tenaga negara.

“Sebagai tulang belakang ekonomi negara, pada tahun 2020, PMKS telah menyumbang kepada 38.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan 13.5 peratus eksport negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Khas Perniagaan Terbaik Malaysia (MBBA 2022), di ibu negara, malam tadi.

Majlis berkenaan telah disempurnakan bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Shahir berkata, dia berbangga kerana berpeluang bertemu dengan semua usahawan yang masih mampu bertahan walaupun berdepan Covid-19.

Seramai 50 usahawan yang berjaya dalam pelbagai kategori perniagaan masing-masing menerima anugerah pada majlis tersebut.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here