Tiada PKP dalam tempoh terdekat

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

KERAJAAN tidak berhasrat melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara atau total lockdown dalam tempoh terdekat.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata jika perkara itu dilaksanakan ia akan membawa implikasi buruk terhadap negara.

“Kita tidak terfikir mengenai total lockdown… kalau ia dilaksanakan akan membawa kesan besar yang boleh meruntuhkan sosial dan ekonomi,” katanya dalam Perutusan Khas Covid-19, sebentar tadi.

Katanya, setakat ini hanya Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilaksanakan di kawasan yang mempunyai kes tertinggi.

Beliau dalam pada itu juga berkata langkah itu dapat mengawal penularan Covid-19.

Katanya, proses perkembangan ekonomi perlu berjalan lancar, di mana kerajaan perlu memikirkan nasib 15 juta rakyat Malaysia yang keluar bekerja. – Malaysiapost