TIMBALAN Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa butiran perlatan barangan bagi pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) yang bernilai RM1.7 bilio yang disimpan boleh didapati di kedai serbaneka 7 Eleven.
Sehubungan itu, dia akan mendedahkan ahli politik yang terlibat dalam penyelewengan dana pembinaan LCS esok.
“Dia boleh dinamakan kerana bukti telah ada.
“Saya membuat keputusan untuk menamakan ahli politik tersebut untuk mengelakkan beberapa bilis sahaja dikambing hitamkan sedangkan jerung-jerung terlepas.
“Hebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia. #AyuhMalaysia kita perangi mat-mat sakau yang merompak duit rakyat,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Terdahulu Rafizi berkata bekas pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang telah didakwa atau dijangka akan didakwa berhubung skandal itu bukanlah dalang sebenar.
Katanya, hanya “jerung besar” yang mempunyai kuasa ke atas projek itu, termasuk melantik kontraktor, menentukan spesifikasi projek, membuat bayaran pendahuluan dan mempunyai wang tunai disalurkan ke luar negara sebelum penghantaran kapal.
Oleh itu katanya, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein tidak boleh lepas tangan berhubung skandal berkenaan.- Malaysiapost.

